09 February 2010

Keputusan RAE 2009-2 telah keluar!

SKMM telah mengumumkan keputusan RAE 2009-2 dan boleh disemak secara online di pautan seperti di bawah:-

http://rae.skmm.gov.my/

Bagi yang telah berjaya, tahniah! Selamat datang ke dunia Ham.
Bagi yang kurang bernasib baik, cuba lagi dan jangan putus asa.

03 February 2010

PSK31




Bagi yang sudah biasa di HF, mungkin pernah mendengar tentang PSK31. Tetapi apakah PSK31 tu? Ada pendapat mengatakan ianya bakal menggantikan RTTY. Terdapat beberapa stesen di Malaysia yang telah mula menggunakan PSK31 ni antaranya 9M2ODY Aqil. Credit to him sebab memperkenalkan benda ni kepada aku.

PSK31 ialah singkatan bagi "Phase Shift Keying, 31 Baud". Sejenis mode modulasi radio digital, digunakan dalam radio amateur untuk mengendalikan "real-time informal text chat".

SEJARAH

Bercakap tentang sejarah, PSK31 bermula dan diperkenalkan oleh stesen operator Peter Martinez (callsign = G3PLX), dan menular ke komuniti radio amateur dunia sekitar Disember 1998. 1998? Lama dah, tapi agak baru bagi kita di sini. Takpe, yang penting mau ambil tahu dan mahu belajar.

Martinez pada awalnya memberi nama pada ciptaannya ni dengan nama "varicode" , kerana mode tersebut menggunakan pelbagai encoding yang mewakili karakter.

PSK31 is a new digital mode:

# designed by Peter G3PLX
# that betters SLOWBPSK, an idea and implementation of Pawel SP9VRC
# based on the RTTY mode of operation,
# useful for live keyboard to keyboard QSO
# that works at 31.25 bauds,
# that uses varicode caracter coding what gives 50wpm,
# easy to use and monitor,
# that give very good copy under low Eb/No numbers and is thus suitable for QRP,
# that instead of using FSK or on/off keying uses BPSK or QPSK with a Viterbi decoder,
# that is available for free for many platforms, including Windows (c) with SoundBlaster type Soundcard,
# and uses advanced DSP and narrow band (31 Hz!!) techniques.

Antara kelebihan PSK31 ialah bekerja secara efisyen pada narrow bandwith membuatkannya sangat sesuai untuk low-power atau operasi QRP. Oh ye, ia menggunakan SSB.

Frekuensi yang biasa digunakan untuk mode PSK31:

Frequency - Amateur Band
1.838.15 MHz - 160 meters
3.580.15 MHz - 80 meters
7.035 MHz - 40 meters (regions 1 and 3)
7.080.15 MHz - 40 meters (region 2)
10.142.15 MHz - 30 meters
14.070.15 MHz - 20 meters
18.100.15 MHz - 17 meters
21.080.15 MHz - 15 meters
24.920.15 MHz - 12 meters
28.120.15 MHz - 10 meters
50.290 MHz - 6 meters

Contoh video PSK31 di youtube, aktiviti PSK31 di 20M band, korang boleh decode kan guna software Digipan secara offline tanpa menggunakan radio (rig).





Jika terdapat sebarang masalah dengan software untuk sebarang debug, hubungi pencipta nya;

Peter Martinez G3PLX
High Blakebank Farm
Underbarrow
Kendal
Cumbria LA8 8BN
United Kingdom.

02 February 2010

Eyeball with YF5YSN Pak Yusran at Kuala Terengganu




Malam tadi sempat eyeball sama dengan satu stesen daripada Pulau Karimun, Indonesia, YF5YSN Pak Yusran (berjaket hitam dan bertopi) di salah sebuah kedai makan di bandar Kuala Terengganu. Sebelum ni pernah lah QSO dengan beliau di Repeater Jasra JB dan di Astra Transnasional. Beliau yang kebetulan hadir atas jemputan ke ARDF atau Fox Haunting di UTM Skudai Sabtu lepas terus ke Kuala Terengganu.

Banyak juga berkongsi pengalaman dan info berkaitan Ham terutama kelas-kelas operator Amatur di Indonesia. Antara stesen yang hadir sama eyeball ialah 9W2SIK Tok Wan dan XYL, 9W2YAY Pak Yankee dan XYL, 9W2KTB Cikgu Fadly dan XYL serta SWL Bang Razak.

Amateur Radio Ham Radio Maidenhead Grid Square Locator Map


Satu laman interaktif yang menarik, dapat mengetahui lokasi rakan ham seluruh dunia yang berdaftar di QRZ.com, layari :

http://www.levinecentral.com/ham/grid_square.php

Masukkan saja callsign atau alamat dan pencarian akan dilakukan terus ke qrz.com.

23 January 2010

The Morse Test (CW) & RAE 2010-1

The morse test (CW) will be held at 10.00 am on 17 March 2010 at the SKMM HQ in Cyberjaya. Application close at 5.00 pm on 5 February 2010.

The Radio Amateur Examination (RAE) will be held at 2.00 pm on 14 April 2010 at locations in the NORTHERN and CENTRAL regions of peninsular malaysia. Applications close at 5.00 pm on 12 February 2010.

[www.skmm.gov.my;21.01.2010]

08 January 2010

FM vs AM: What's the difference?



Agak lama tidak mengemaskini blog ku ini. Disamping kesibukan masa dan pelbagai urusan lain. Pada kali ini, diutarakan 2 Modulation yang tidak asing lagi iaitu; AM (Amplitude Modulation) dan FM (Frequency Modulation). Sudah tentu terdapat modulation lain lagi seperti SSB (Single Side Band) yang biasa diguna di HF. Tetapi yang ingin di 'highlight' kan di sini ialah seperti yang tertera pada tajuk di atas yang cukup sinonim dengan 2M band.

FM radio berfungsi sama dengan AM radio. Perbezaannya ialah cara gelombang 'carrier' tersebut dimodulasi atau pun diubah. Dengan AM radio, amplitud atau 'overall strength' signal berkenaan diubah untuk menghasilkan audio.

Penyiaran FM pula, sedikit perubahan pada amplitud tidak memberi apa-apa kesan yang ketara, memandangkan signal audio disampaikan menerusi perubahan pada frekuensi, FM receiver akan mengabaikan perubahan pada amplitud.

25 November 2009

Cw Keyer dan Oscilator ku - homebrew


Oscilator baru yang menghasilkan nada yang merdu didengar -  ~650 Hz.



Yang bawah tu amplifier, untuk menguatkan tone, atas ialah oscilator.


Ini lah rupanya kotak speaker radio lama yang di dalam nya terkandung oscilator & amplifier.


Siap boleh adjust volume lagi, memang kelas.



Set CW ku yang baru....beserta power supply 12V.


CW keyer....boring-boring boleh mengetuk...



dit da dit......jangan mengetuk je.....menerima nak kena latih tubi juga...hikhikhik....

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada 9W2VEB Pak Rashad yang telah mengurniakan ku set CW ni - keyer, speaker, oscilator & amplifier. Boleh lah nak latih menghantar dengan rakan-rakan.....bunyi nya pun sedap didengar.


22 November 2009

Mari Belajar CW dengan Video!!!

Learn the alphabet Morse code:

 



Rakaman CW Kali Terakhir Dihantar Oleh RMS Titanic "SOS" (1912)



The final radiotelegraph transmissions from the Titanic. This recording is in all likelihood a simulation, but its exact origin is not known. A video of the keying waveform is provided for further analysis. 

During the sinking of RMS Titanic in 1912, its radio operator Jack Phillips initially sent "CQD", still commonly used by British ships. Harold Bride, the junior radio operator, jokingly suggested the new code "SOS" be used, thinking it might be the only time he would get to use it; Phillips began to alternate. 

High Speed CW- WØAAA (Right and Left Handed)

Selamat menonton.....laju betul rakan ham ni menggunakan cw keyer nya.



Yang ni pula speed 50 WPM....guna Begali Scultpure:


16 November 2009

Morse code a.k.a CW



Laman web ensiklopedia percuma,Wikipedia memberikan takrifan Morse Code sebagai berikut:-


"Morse code is a type of character encoding that transmits telegraphic information using rhythm. Morse code uses a standardized sequence of short and long elements to represent the letters, numerals, punctuation and special characters of a given message. The short and long elements can be formed by sounds, marks, or pulses, in on off keying and are commonly known as "dots" and "dashes" or "dits" and "dahs". The speed of Morse code is measured in words per minute (WPM) or characters per minute.

Originally created for Samuel F. B. Morse's electric telegraph in the early 1840s, Morse code was also extensively used for early radio communication beginning in the 1890s.

Morse code is designed to be read by humans without a decoding device, making it useful for sending automated digital data in voice channels. For emergency signals, Morse code can be sent by way of improvised sources that can be easily "keyed" on and off, making Morse code one of the most versatile methods of telecommunication in existence."



Perkara menarik berlaku ke atas diri ku sejak 2 bulan lepas - aku mula tertarik dan meminati CW. Pada mulanya aku tidak mengambil berapa serius dengan CW ni. Mula-mula dengar CW dah tak boleh masuk kepala muahaha. Rasa macam susah je. Mula-mula tu kenal huruf 'a' je....lepas lulus RAE maka aku berjumpa lah dengan 9M2GET Cikgu Hairi yang kebetulan ada di Kuala Terengganu untuk mengambil autograf nya. Sempat beliau bagi tips dan 7 huruf CW yang mudah; eish tmo. Bermula bulan puasa yang lepas mula mendengar irama CW guna software CW Player di notebook. Kemudian sempat lah simplex dengan 9W2MSL Sukri yang baru lulus ujian CW baru-baru ni di V26. Masa tu beliau menghantar 7 huruf tersebut dan aku cuba meneka. Apabila dapat meneka dengan tepat jadi seronok. Apabila sudah seronok maka timbul lah minat. Apabila dah minat maka mudah lah untuk mengenal huruf-huruf berikutnya dari a-z, 1-0. Tak kenal maka tak cinta. Aku berterima kasih kepada rakan-rakan Ham yang banyak memberikan galakkan, bantuan (support), nasihat dan tips-tips terutama kepada 9W2MSL Sukri, 9W2VEB Pak Rashad, 9M2GET Cikgu Hairi, 9W2ODY Aqil. Sekarang masih lagi dalam proses memantapkan CW dalam menghadapi cabaran bertempur tahun hadapan. Bagi peringkat permulaan ini, sasaran RX 12 - 14 WPM. Cherio!

10 November 2009

Notification: Second Morse Code Test of 2009 Results (CW2009-2)



The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) has announce the results of the second Morse Code Test (CW) of 2009, conducted on 07 Oct 2009.

Please click below for the full results:

Morse code Test (CW 2009-2) Results

22 October 2009

English QSO Program @ V26


Thanks for all stations that joining this program & give full support to QSO in English at V26 in Kuala Terengganu. I hope in future, more stations wil be join this English QSO Program at V26 in Kuala Terengganu. Don't worry and don't shy to QSO in English. Practise make perfect.

The stations that joining this program and very sporting:

1. 9W2MSL Sukri
2. 9W2DIG Nik Mohd Fadli
3. 9W2SIK Md. Salleh aka Tok Wan
4. 9W2VEB Pak Rashad
5. 9W2EPY Zefry aka Epy
6. 9W2KCG Muhammad Faizal aka Kacang
7. 9W2WSY Wan Md. Syukri
8. 9W2BAL Iqbal

Congratulations to all!

19 October 2009

Bilik Gerakan Echolink

Base Station 9W2EPY Zefri aka abang Epy menjadi pilihan menjadi bilik gerakan Echolink memandangkan mempunyai kelengkapan internet. Kebiasaannya aku akan ke base beliau selepas waktu isyak untuk QSO via Echolink ke luar negara. Negara India menjadi 'favourite' aku bila QSO via Echolink ni. Mereka bukan sahaja peramah malah saling berkongsi idea dan pengalaman. Antara stesen yang pernah aku hubungi via Echolink ialah VU2NKK, Handle KRISHNAKUMAR atau Krish dari South India iaitu tuan empunya gateway VU2NKK. Ada lagi 4-5 stesen tapi tak ingat memandangkan sekarang ni tidak bawa buku log ke pejabat. Di India, callsign nya bermula VU, VU2 ialah kelas B dan VU3 ialah kelas A. Biasanya di bilik gerakan ini aku menggunakan gateway aku sendiri; 9W2BAL dan QSO menggunakan Single-User Mode. Bang Epy juga mempunyai gateway beliau sendiri tetapi gemar mencari negara di Perancis dan German. Kena dengan selera beliau katanya hehe...Rakan bakal 9M iaitu 9W2MSL Sukri, juga tidak ketinggalan menyertai sama bilik gerakan Echolink ini. Negara kesukaannya tidak lain ialah Jepun memandangkan beliau boleh berbahasa Jepun.


 9W2EPY Bang Epy sedang mencari gateway untuk QSO.



 9W2MSL Sukri (future 9M) khusyuk membelek katalog rig HF di internet.



Begini lah preview software Echolink menggunakan gateway aku sendiri.

18 October 2009

Eyeball di Tumpat 17.10.2009

Pada 16.10.2009 yang lepas aku ke Kubang Kerian, Kota Bharu atas urusan persendirian. Bermalam di Kubang Kerian. Pada 17.10.2009 sebelum bertolak pulang ke Kuala Terengganu, sempat ke Tumpat, eyeball bersama rakan-rakan Ham di Tumpat bersama 9W2RCQ Pak Aziz, 9W2DZY Pak Dzul, 9W2ZBS Pak Zakaria dan 9W2TMD Cikgu Mazli di sebuah kedai makan di Tumpat. Dalam perjalanan ke Tumpat, aku mengikuti belakang kereta 9W2TMD Cikgu Mazli dari Kota Bharu. Nasib baik lah ada Cikgu Mazli dapat tunjuk jalan ke Tumpat, kalau tidak susah juga nak mencari jalan. Selepas minum di kedai makan di Tumpat, aku bersama Cikgu Mazli ke base 9W2RCQ Pak Aziz. Selepas itu terus bergegas pulang ke Kuala Terengganu semula.

Aku mengikuti belakang jalopy 9W2TMD Cikgu Mazli dari Kubang Kerian ke Tumpat





Setibanya di Base 9W2RCQ Pak Aziz di Tumpat.



Base Station 9w2RCQ; Icom v8000.




Dari kiri; 9W2RCQ & 9W2TMD di base 9W2RCQ Tumpat.


14 October 2009

Serba Sedikit Tentang Echolink




EchoLink ® software allows licensed Amateur Radio stations to communicate with one another over the Internet, using voice-over-IP (VoIP) technology. The program allows worldwide connections to be made between stations, or from computer to station, greatly enhancing Amateur Radio’s communications capabilities. There are more than 200,000 validated users worldwide — in 162 of the world’s 193 nations — with about 4,000 online at any given time.


Software Echolink membenarkan stesen radio amatur yang berlesen untuk berhubung dengan stesen lain melalui internet, menggunakan teknologi voice-over-IP (VOIP). Perhubungan jenis ini membolehkan perhubungan antara stesen atau dari komputer kepada stesen yang lain. Lebih 200,000 penguna sah seluruh dunia - dalam 162 daripada 193 negara di dunia - dengan lebih 4,000 stesen setiap masa.

Untuk lebih info layari dan download software di www.echolink.org

08 October 2009

ISS contact with National Planetarium Kuala Lumpur


 

An International Space Station school contact has been planned with participants at National Planetarium Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia on 08 Oct. The event is scheduled to begin at approximately 09:34 UTC (5:34PM local). The duration of the contact is approximately 9 minutes and 30 seconds.
The contact will be direct between NA1SS and 9M2RPN. The contact should be audible over Malaysia. Interested parties are invited to listen in on the 145.80 MHz downlink. The contact is expected to be conducted in English.

The National Space Challenge program was created to instill the talents and desire in students especially in the primary school Standard 4 level in understanding astronomy and space sciences. This program is organized annually by the National Space Agency in cooperation with Ministry of Education as a part of school curriculum.

Participants will ask as many of the following questions as time allows:

1. What is it like sleeping in space and what is your bed like? Are you attached to the wall because there is no gravity?
2. With all the work time in space, is it still fun or has it become a job?
3. What kind of exercises can you do in space?
4. How do you wash and brush your teeth?
5. Is there any food or drink you miss or activities you miss doing while you are all at work? And what has been your most exciting / interesting moment while onboard?
6. What does space ice cream taste like?
7. Is liquid and solid human waste discarded in space, or is it stored and brought back to Earth with the crew?
8. How do you differentiate between a bottom and a top when you are in space? Is it just above your head and below your head?
9. In the event that the space station crewmembers had to abandon the station in an emergency, where could they go as a place of safety, and how could they get off the station without a waiting shuttle?
10.Is the space station always orbiting, or is it stationary?
11 Is the ISS orbiting in the same direction as the Earth's rotation? What is the relation, if any, of the ISS' orbit and speed versus the Earth's rotation and speed?
12.Are you able to watch TV and listen to the radio while in space?
13.How is the food? What do you miss the most about Earth? What was the hardest thing to get used to in space?
14 As you look at the Earth from space, what impresses you the most?
15 Is looking at the stars from space, in your opinion, more beautiful or less beautiful than looking at them from the Earth?
16.When you go to sleep, what time zone do you use? How do you know what time it is?

Information about the upcoming ARISS contacts can be found at http://www.ariss.org/upcoming.htm#NextContact .



Tahniah Generasi Baru Class A [ 9M ]


Tahniah dan ucapan syabas kepada bakal pemegang lesen Radio Amateur Class A ( 9M ) yang telah berjaya ujian CW pada 7.10.2009 semalam ;

9W2EBP-9W6RHM-9W2RIE-9W2HOO
9W6ISO-9W2MTC-9W2OZM-9W2ADH
9W2GTR-9W2FRD-9W2AZA-9W2ODY
9W2MSL-9W2RSH-9W2ALU-9W2NZI
9W2OUT-9W2SLJ-9W2SEC-9W2NTO
9W2ZAE-9W2ZAK-9W2PRO-9W2ZRZ

[Sumber : 9M2MGL Blog]

Dalam senarai yang telah berjaya di atas, aku mengenali 2 stesen iaitu 9W2ODY Aqil daripada Johor Bahru dan 9W2MSL Syukri jiran dekat sahaja dengan rumahku di Kuala Terengganu. Akhirnya penat lelah dan usaha kalian telah membuahkan hasil.

26 September 2009

Ethics and Operating procedure for the Radio Amateur




International Amateur Radio Union (IARU) telah menyediakan garis panduan yang menyentuh pelbagai aspek dalam etika dan prosedur (SOP) Ham Radio secara menyeluruh. Garis panduan tersebut bertajuk "Ethics and Operating procedure for the Radio Amateur" boleh dimuat turun melalui pautan di bawah ini :-

Ethics and Operating procedure for the Radio Amateur

Bersama-sama kita sebagai komuniti Ham menjadikan hobi ini suatu yang unik dengan meletakkan satu standard dan prosedur yang sama sedunia.

24 September 2009

QSO Bersama YF5YSN Di 2M JASRA JB


11.30 malam ini hinga detik 12.40 pagi dapat ber QSO bersama 1 stesen dari Pulau Karimun, Indonesia, YF5YSN Pak Yusran di Repeater JASRA JB. Amat peramah orangnya, memancar menggunakan 20W, Antena F22 15 meter tinggi dapat diterima R4. Beliau juga banyak kali pernah ke rumah kakaknya di Kuala Terengganu. Terima kasih dunia ham dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara dua negara. Semoga kita ber QSO lagi di udara.

23 September 2009

Repeater 9MX485 ASTRA (Linking) Gunung Pulai, Johor Mula Beroperasi Seperti Biasa


Repeater ASTRA (Linking) Transnasional di Gunung Pulai, Johor sudah boleh digunakan dan telah mula beroperasi seperti biasa. Bagi rakan-rakan yang berdekatan dengan Repeater ASTRA linking Pulai, berikut ialah frekuensi nya :

Frekuensi : 145.750 MHz
Offset: -0.6
Tone : 85.4

18 September 2009

PROGRAM INFO TRAFIK ASTRA BERSAMA MALAYSIA HARI INI TV3

Sukacita dimaklumkan, pihak ASTRA Selangor & Kuala Lumpur telah mendapat jemputan daripada pihak Media Prima Berhad melalui TV3 bagi menjayakan program Info Trafik pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh : 19 September 2009

Tempat : Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya

Masa : 0630hrs-0900hrs

Diminta rakan-rakan amatur yang memandu pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing agar dapat memberi Info Trafik ke ‘Linking Repeater’ TRANSNASIONAL ASTRA antara jam 0630hrs-0900hrs kerana ianya akan disiarkan secara langsung di dalam program Malaysia Hari Ini terbitan TV3. Secara tidak langsung ianya akan dapat memberi pendedahan kepada para penonton Malaysia Hari Ini di TV3 mengenai hobi Radio Amatur.

Selamat memandu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidil Fitri yang mulia ini.

Infomasi daripada 9W2MUC Syahrul Nizam.

16 September 2009

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2009-2



SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2) throughout Malaysia on 16 December 2009. For further details and examination application form please click on the links below.


Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)

Radio Amateur Examinations Application Form



*Tarikh tutup permohonan 16.10.2009, tarikh RAE 16.12.2009.

15 September 2009

Senarai Repeater & Simplex Semenanjung Malaysia

Boleh dimuat turun fail dalam bentuk pdf di link ini :-

Senarai Repeater & Simplex Semenanjung Malaysia

Terima kasih kepada 9W2YON Hasrul Hizam, yang telah mengumpulkan senarai tersebut. Oleh itu, jika terdapat kesilapan atau tambahan sila info kan kepada beliau di alamat email 9w2yon@arkb.org.my .

Boleh dijadikan rujukan terutama bagi yang jauh perjalanan di musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi ini.

Thumbnail :



13 September 2009

Amateur Radio Station [Review]

  • Amateur Radio Base Station - defined as station that is operated as per the address stated in the ASAA*. 
  • Amateur Radio Mobile Station - defined as station that is operated while it is in the moving , such as in the car.
  • Amateur Radio Portable Station - defined as station that is operated away from the registered address in the ASAA* for certain duration of time.
  • Amateur Radio Earth Station - defined as station that working with an amateur radio satellites.

[Taken from "Guideline for Amateur Radio Service in Malaysia" by MCMC, page 16-17]

*Amateur Station Apparatus Assignment


09 September 2009

Majlis Berbuka Puasa PEMANCAR Zon Dungun


PEMANCAR (Kelab Radio Amatur & Rekreasi Terengganu) Zon Dungun akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa seperti ketentuan berikut :-

Tarikh : 11.09.2009 (Jumaat)
Tempat : Dewan Sukan, Politekanik Dungun
Bayaran : RM10/orang, kanak-kanak RM5, bawah 5 tahun percuma

Sila sahkan kehadiran sebelum tarikh majlis kepada Encik Najei 9w2wlt di talian 019-989 4502.
Terima kasih.

06 September 2009

Majlis Berbuka Puasa MARES 2009

Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan ham di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya (Terbuka untuk ahli, bukan ahli dan SWL). Majlis ini akan diadakan secara "pot luck". Abang Omar 9W2OMR telah mendapatkan tajaan dari kedai nasi kandar untuk makanan bagi 100 peserta. Diharap rakan-rakan yang hadir dapat memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan majlis ini.

Lokasi: Rumah Kelab MARES Petaling Jaya
Tarikh: 5 September 2009
Masa: 2:30PM - lewat malam.

Aturcara majlis
2.30 PM - Flea Market
4:40 PM - Ketibaan dan persediaan ( Pot Luck)
7:15 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7:45 PM - Jamuan8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh
10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka

Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi mana-mana ahli Jawatan Kuasa MARES untuk pengesahan. Diharap semua warga MARES dan rakan radio amatur, dapat menghadiri majlis ini. Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini.

Pertukaran Frekuensi Repeater 9M4RBJ (Jerung)


Sebagai makluman rakan-rakan ham sekalian, frekuensi Repeater Pemancar di Kuala Terengganu [9M4RBJ] yang terletak di Bukit Jerung telah bertukar ke frekuensi yang asal 3 hari lepas, tone & offset masih lagi sama.


Frekuensi Baru : 147.800 MHz
Tone : 123
Offset : -600 KHz


Diharap rakan-rakan dapat panjangkan perkara pertukaran ini kepada rakan lain. Harap maklum.

30 August 2009

Malaysia & ITU

Bilakah Malaysia menyertai ITU? 03.02.1958 itu lah tarikh bersejarah negara kita Malaysia menyertai secara rasmi ITU. Rujuk ITU Global Directory . ITU mempunyai keahlian 191 negara ahli dan lebih 700 sektor ahli.

DXing SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52

Tarikh : 30/08/2009 – 31/08/2009
Waktu : 10.30PM
Lokasi : Restoran Asap Dapur,
Taman Tasik Kelana Jaya
(dahulunya Restoran Cowboy)
Koordinat : N 03 05.949 E101 35.761
Event Callsign : 9M4EAT
Station Master : 9M2ONE Ab Aziz Hassan
Koordinator : 9W2YR Abd Rashid a.k.a Pak Yop
Calling Channel : V44 (145.550MHz) & 9M4RBC (147.750MHz -0.600 Tone 88.5)

Dijemput semua warga amatur & SWL agar hadir bagi memeriahkan majlis DXing ini di samping dapat sama-sama menyambut & menghayati hari kemerdekaan tanahair yang dicintai.

Dimaklumkan oleh:-

9W2MUC Syahrul Nizam
Biro Penerangan ASTRA Selangor & Wilayah Persekutuan KL

23 August 2009

Projek Homebrew Antena Lagi....



Selepas meng'homebrew' double zepp, kini dengan bantuan Pak Din, Epy aka 9W2EPY sedang menyiapkan sebuah lagi antena homebrew yang berbentuk seperti roket ingin terbang. Masih lagi dalam proses pembikinan dan tidak dapat dipastikan sejauh mana kekuatan antena ini. 4 ground plane dan setiap satunya 45 darjah sudut.

22 August 2009

Rumah Api Bukit Puteri @ Sinar Harian

Syabas buat rakan Ham yang turut sama menjayakannya event ini. Tahun depan kita buat 'grand' lagi. (Ehsan dari Blog 9W2AAM)....73.

20 August 2009

Malaysian Spectrum Allocation Chart


Semalam, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia telah mengumumkan Carta Pembahagian Spektrum Malaysia yang boleh dimuat turun melalui laman web SKMM .

The cart is a graphical portrayal of the Table of Frequency Allocation and it is based on the current ITU Radio Regulation 2008.

18 August 2009

Hishammuddin minta belia bantu polis jaga keamanan

18/08/2009 2:12pm
KUALA TERENGGANU 18 Ogos
— Golongan remaja dan belia digesa supaya bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memelihara keamananan dan ketenteraman negara dengan menyertai pelbagai badan sukarela yang ada di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, generasi belia perlu bangkit untuk memastikan usaha mencegah jenayah menjadi agenda bersama tanpa mengharapkan sepenuhnya kepada polis.
“Kita yakin dengan penglibatan generasi muda, belia, wanita dan semua golongan masyarakat dalam platform interaksi kesukarelawan, ia akan membuahkan hasil yang baik dan berkesan dalam menangani jenayah,” katanya ketika berucap merasmikan Program Menteri Dalam Negeri Bersama PDRM Kontinjen Terengganu dan Masyarakat Dalam Usaha Mencegah Jenayah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.
Hishammuddin berkata, perjuangan pada hari ini adalah untuk mengisi niat, hasrat, harapan serta visi kemerdekaan yang ada dan sehubungan itu generasi muda mesti sedar bahawa kemerdekaan mesti dipertahankan dalam apa jua cara sekali pun. - Bernama



Warga Ham di Kuala Terengganu juga sepatutnya memainkan peranan bersama pihak berkuasa dalam membanteras setidak-tidaknya mengurangkan dan menyalurkan infomasi kepada pihak berkuasa seperti PDRM, bomba, JPA3, HSNZ dan lain-lain lagi. Sebagai contoh sekiranya kita ber'mobile' dan melihat sesuatu yang curiga (pecah rumah, samun dsb) boleh menyalurkan infomasi kepada PDRM daripada hanya sembang kosong umpama di warong kopi semata.

Frekuensi ISS




Tentu ramai rakan-rakan yang berminat untuk berkomunikasi dengan satelit -ISS, International Space Station. Kalau di pantai timur, sebut saja Zaki 9W2KEY dari Kota Bharu memang terkenal dengan pencapaian ISS Achievement Award. Bagi yang ingin mencuba, frekuensi ISS untuk suara (audio) di Malaysia (Region 3) ialah:-

FM VOICE for ITU Region 2&3: North and South America-Caribbean-Greenland-Australia-South Asia

  • Downlink 145.800 MHz
  • Uplink 144.490 MHz

Software untuk 'tracking satellite' diperlukan. Antara software yang popular ialah 'orbitron'. Muat turun software tersebut dan masukkan koordinat QTH dimana pemancaran ini dilakukan.


Types of Coax Cable and Line Loss Calculator

Di sini saya sertakan link website yang berguna untuk mengira automatik untuk mengira SWR dan sebagainya. Masukkan sahaja panjang kabel & jenis kabel yang digunakan.

Types of Coax Cable and Line Loss Calculator

Untuk mengetahui berapa panjang antena, apa yang perlu dilakukan berdasarkan satu pengiraan mudah:-

468 bahagi dengan FREQUENCY IN MHZ = PANJANG DALAM KAKI
300 bahagi dengan FREQUENCY IN MHZ = PANJANG DALAM METER (wavelength)

168 bahagi dengan FREQUENCY IN MHZ = PANJANG DIPOLE
(with end effect calculated in)

That is the only formula you need ever know to build a dipole antenna.

Kontak tanpa sebut Callsign

Ini lagi satu. Tidak beretika dan tak tahu sama ada tahu ke tidak ni nak ber'qso'. Ada yang membuat kontak bergabung dengan ketawa pun ada. Sebut sahaja callsign maka sudah kontak sudah berlaku. Tunggu sahaja rakan mempersilakan kita bergabung. Semua ini ada terdapat dalam SOP (Standard Operating Procedure). Baca atau tidak sahaja.

Standing By....over.

Acap kali kedengaran 'standing by...over' bila nak pass mic/ptt. Sebut saja 'standing by' sudah bermakna kita sudah pass mic/ptt. Sebut sahaja 'standing by' atau 'over' bukan keduanya sekali. Walaubagaimanapun tidak terjadi permasalahan kerana pertikaian di bahagian ranting saja ni bukan di pokoknya. Lain lah jika melibatkan larangan-larangan utama dalam berqso.

Carta Morse (CW)

Mungkin dengan berpandukan carta morse ini dapat memudahkan rakan-rakan mengingati kod morse (CW)...siapa tahu...selamat mencuba...

ITU ZONES & REGIONS

World Amateur Radio Operators



Contoh Soalan RAE Sg. Petani

Bersama-sama ini disertakan contoh soalan RAE dari Sungai Petani serta dengan jawapan. Walaubagaimana pun adalah dinasihatkan supaya mencari pandangan kedua berkenaan dengan jawapan tersebut. Pengalaman saya pada RAE yang lepas banyak juga yang keluar dari contoh soalan ini. Klik pada link di bawah:

Contoh Soalan RAE Sg. Petani

17 August 2009

BAGAIMANA UNTUK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur

1. Apakah itu Radio Amatur?
Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

2. Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

3. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

5. Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.
Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.
Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.

6. Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”) atau Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia “ASTRA” dll.

7. Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

 Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau
 Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

Pertukaran Frekuensi Repeater 9M4RBJ

Bagi rakan-rakan yang belum mengetahui, Frekuensi repeater Jerung 9M4RBJ (zon Kuala Terengganu) telah berubah dari 147.800 ke :-
146.900 MHz,
-600 KHz,
tone 123.

16 August 2009

Pemberitahuan: Ujian Kod Morse 2009-2

Sila lawati di Pemberitahuan: Ujian Kod Morse 2009-2


Bagi rakan-rakan yang telah genap setahun Kelas B layak untuk mengambil kelas A dengan syarat lulus CW test.

Keputusan RAE 2009-1 Telah Keluar!

Semak di CHECK RAE RESULT!

Tahniah bagi yang telah berjaya, yang tidak bernasib baik boleh mencuba & berusaha lagi.

Double Zepp Homebrew








Antena 'double zepp' tidak asing lagi bagi warga Ham. Mudah untuk dibuat membuatkan ianya menjadi popular. Seorang rakan saya di Kuala Terengganu (9W2EPY) telah menjadikan antena jenis ini sebagai pilihan di base station beliau. Namun gambar yang dipaparkan ini projek antena homebrew beliau yang lama. Terkini, beliau menggabungkan 4 double zepp disusun secara array yang belum sempat untuk saya letakkan gambarnya di sini. Untuk sebarang informasi lebih lanjut boleh hubungi beliau sendiri, Zefry (9W2EPY), 019-987 0488.







INT. L.HOUSE L.SHIP WEEKEND 2009


















Kami di Kuala Terengganu turut manjayakan program ini di Shahbandar (Rumah Api Bukit Puteri), Kuala Terengganu pada 15.08.2009 semalam. Bermula seawal 8.30 pagi semalam & bungkus kemah pada 10.30 malam. Ramai juga warga ham dari Dungun, Setiu, Jerteh, Besut, Kota Bharu mahu pun Kuala Terengganu sebagai tuan rumah hadir bagi memberi sokongan. Antara rumah api yang dapat dihubungi di Malaysia ialah di Kuantan. Luar negara; Oman, China juga berjaya dihubungi kredit kepada propogasi pada hari berkenaan. Event ini juga dapat mendedahkan 'HF' kepada rakan-rakan Ham dan orang awam yang ada berkunjung di khemah kami. Ucapan penghargaan kepada Cikgu Amir 9W2AAM yang bertindak sebagai 'Event Manager' dan seluruh warga Ham yang turut serta terutama rakan kelab PEMANCAR.